21 Februari 2024 – Kota Bharu Utara
Kerja – kerja kecemasan pembaikian paip utama jenis Mild Steel bersaiz 6 inci yang telah pecah di Simpang Kubur Maras, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu telah siap dibaiki oleh Unit Agihan & Penyelenggaraan Jajahan Kota Bharu Utara.
Tempoh masa pemulihan gangguan bekalan air adalah 24 jam bergantung kepada jarak dan lokasi premis pengguna. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang telah berlaku.