8 Januari 2024, Isnin – Jeli
Kerja – kerja kecemasan pembaikian paip utama jenis Asbestos Cement (AC) bersaiz 10 inci yang telah pecah berdekatan terowong Kampung Jeli Lama telah siap dibaiki lebih awal daripada jangkaan oleh Unit Agihan & Penyelenggaraan Jajahan Jeli.
Tempoh masa pemulihan gangguan bekalan air adalah 24 jam bergantung kepada jarak dan lokasi premis pengguna. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang telah berlaku.