Kerja-kerja baik pulih sistem proses di Loji Rawatan Air Bukit Remah, Tanah Merah telah siap sepenuhnya selepas kerosakan ‘check valve’ dan ‘butterfly valve’ DN500mm di RWP No. 1
Kerosakan dikesan pada 25 Januari 2026 jam 10.00 malam dan kerja pembaikan disiapkan sepenuhnya pada 26 Januari 2026 jam 8.30 malam, dan pam telah kembali beroperasi.
Sehubungan itu, kualiti dan kuantiti bekalan air dijangka akan pulih secara berperingkat.
