Kapasiti Pengeluaran Air

Berdasarkan Bajet Pengeluaran 2011 yang diluluskan, jumlah pengeluaran yang disasarkan bagi bulan Julai 2011 ialah 9,470,640 m³ berbanding pengeluaran sebenar 12,309,412 m³. Pengeluaran sebenar lebih 2,838,772 m³ atau 23.06%. Bagi tempoh Januari 2011 hingga September 2011 stastik pengeluaran adalah seperti berikut :
| Bajet (M3) | Sebenar (M3) | Beza (M3) | Beza (%) |
| 95,240,385 | 109,623,133 | +14,382,748 | +15.1 |
Bagi tempoh Januari hingga September 2011, purata harian pengeluaran air bersih ialah bagi tahun 2011 adalah sebanyak 401.5 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding purata harian pengeluaran tahun 2010 sebanyak 373 JLH.

Keupayaan pengeluaran bagi seluruh Kelantan pada tahun 2011 berbanding dengan 2010, terdapat peningkatan. Ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
- Naiktaraf LRA Bukit Remah (RMK 9)
- Naiktaraf LRA Merbau Chondong (RMK 9)
- Naiktaraf LRA Jeli (RMK 9)
- Naiktaraf LRA Chicha (secara dalaman)
- Membaikpulih Mukasauk LRA Wakaf Bunut
Pada akhir 23 Ogos 2011 juga, LRA Limau Kasturi yang dibina melalaui East Coast Region Development (ECER) telah beroperasi secara tidak resmi dan Berjaya ditingkatkan pengeluaran dari 2 JLH kepada 4 JLH.
Musim hujan yang tiba juga, mengakibatkan beberapa Loji Rawatan Air yang mengalami gangguan operasi terutama melibatkan kualiti air bersih kerana faktor kekeruhan air Sungai Kelantan kadangkala melebihi 1,500 NTU (rekabentuk LRA ialah
Loji yang terlibat ialah :
- LRA Kuala Tiga
- LRA Manek Urai
- LRA Pahi
- LRA Tualang
- LRA Kelar
Pembaikian muka sauk yang dipantau oleh Jabatan Pengairan & Saliran juga 100% telah siap. Baki kerja ialah memotong lebihan cerucuk besi dan meratakan batu blok. Kos pembaikian dibelanjakan ialah RM177,342.05 dengan tempoh masa siap 10 minggu.
