Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
20 July 2018

CARTA PROSES RAWATAN AIR JENIS KONVESIONAL

PENERANGAN PROSES

  • Pengudaraan :

Proses air mentah bertindakbalas secara langsung dengan udara bagi mengoksidakan besi dan membebaskan gas-gas atau bahan meruap yang beracun seperti gas karbon dioksida dan juga hydrogen sulfida.Proses ini berlaku di tangki pengudaraan (aerator)

 

  • Penggentalan & Penggumpalan

Proses dimana bahan koagulan seperti ACH (Aluminium Chlorohydrate) dicampurkan ke dalam air mentah untuk menarik partikel-partikel (bercas negative) didalam air dan bercantum diantara satu sama lain.Polymer didoskan untuk membesarkan lagi saiz flok yang terbentuk supaya proses pengasingan antara ketulan flok dan air berlaku .Proses ini berlaku di tangki flokulasi (flocculation tank)

 

  • Pemendapan

Proses untuk mengasingkan kandungan pepejal yang terbentuk dan masih terampai dipermukaan air dengan cara flok yang terhasil akan dimendapkan dan diasingkan dari air. Flok yang terhasil menjadi lebih tumpat dan lebih mudah mendap secara tarikan gravity atau semulajadi. Proses ini dapat membuang dan mengasingkan flok yang telah terbentuk dari air dan untuk mendapatkan air yang jernih sebelum ditapis. Terdapat dua jenis pemendapan iaitu pemendapan selari (Horizontal Flow Sedimentation dan juga pemendapan aliran ke atas (Upflow Sedimentation) dimana ianya menggunakan lamella plate. Kebiasaanya bacaan kekeruhan untuk air pra terawat ini adalah tidak melebihi 5 NTU (< 5NTU)

 

  • Penapisan

Proses dimana zarah-zarah dan juga baki pepejal yang masih lagi terampai ditapis disini.Kebiasaanya media pasir dan juga batu kerikil digunakan untuk proses penapisan ini. Lapisan pasir media ini perlu dicuci dengan kaedah “backwashing”sekiranya tempoh jangkahayat penggunaan melebihi 72 jam ataupun sudah mencapai tahap maksimun yang mana paling awal. Proses ini memainkan peranan penting untuk menjaga kualiti air terawat mengikut standard KKM sebelum disimpan di tangki air bersih.

 

  • Pengklorinan

Proses pembasmian kuman dimana klorin didoskan pada kadar tertentu ke dalam air bertapis untuk membunuh bakteria berbahaya dan tidak memberi kesan keatas kesihatan. Proses ini kebiasaanya berlaku di dalam tangki air simpanan sementara dimana tempoh tindakbalas (contact time) adalah lebih kurang setengah jam.Paras kandungan klorin yang dibenarkan didalam air minum adalah 0.2 – 5.0 mg/l.

 

  • Proses Disinfeksi dan Pembetulan pH

Proses dimana larutan kapur didoskan didalam tangki air bersih  untuk meninggikan bacaan pH air yang telah siap dirawat. Bacaan pH air terawat diselaraskan dengan menggunakan kapur agar paras kandungan di dalam air minum adalah tidak melebihi paras yang telah ditetapkan oleh “Ministry Of Health Malaysia (MOH)” iaitu  diantara 6.5 – 9.0 ,.Air terawat yang dihasilkan disini akan disimpan sebelum diagihkan kepada pengguna melalui tangki pengagihan di loji menggunakan tekanan gravity.

 

  • Pemfluoridaan

Bahan kimia sodium silikofluoride juga didos dalam air bersih. Bahan kimia ini didoskan di dalam tangki air bersih untuk membantu penjagaan gigi dan juga mencegah kaviti pada gigi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kandungan fluoride di dalam air perlu dipantau agar tidak melebihi paras yang telah ditetapkan oleh “Drinking Water Quality Standard for Malaysia”. Paras kandungan florida yang dibenarkan di dalam air minuman adalah 0.4 hingga 0.6 mg/l.

 

CARTA PROSES RAWATAN AIR “ULTRA FILTERATION”

PENERANGAN PROSES

  • Ultrafiltration (UF) adalah jenis penapisan membran di mana tekanan hidrostatik memaksa cecair melawan membran semipermeable. Proses membran semakin digunakan untuk penyingkiran bakteria dan mikroorganisma lain, bahan partikel, dan bahan organik semulajadi, yang dapat menyebarkan warna, rasa, dan bau ke dalam air.
  • Fungsi utama proses ini adalah untuk menapis partikel kecil yang saiznya diantara 0.1 – 0.01 micron dimana sistem ini direka untuk kawalan automatik sepenuhnya.

Bahan yang digunakan untuk proses ini adalah penapis jenis “hollow fibre”.Partikel yang tidak diserap melalui “ultra membrane filtration” boleh dibuang melalui kaedah biasa “normal backwash” dan juga kaedah “chemical enhanced backwash” CEB.  “Chemical Enhance Backwash” (CEB) merupakan kaedah dimana penapis “hollow fibre” dicuci dengan menggunakan “Sodium Hydroxide” (NaOH) dan “Hypochlorite” (HCI) bagi meningkatkan kualiti pembersihan UF.

 

CARTA PROSES RAWATAN AIR “DEFERUM & DEMAGNUM”

PENERANGAN PROSES

  • Sistem Deferum & Demagnum merupakan kaedah dimana operasinya adalah untuk menyingkirkan gas terlarut secara intensif disusuli dengan sistem penapisan unik yang menggunakan “Polymer Floating Filtering Media”.Melalui sistem ini,proses konvesional seperti pengudaraan, pengentalan dan pemendapan diganti dengan proses penyingkiran gas terlarut dari air.
  • Sistem Deferum adalah Sistem Hidro-Automatik yang menggunakan media penapisan jenis terapung.Sistem ini reka untuk menyingkirkan kandungan bahan terlarut yang tinggi didalam air tanpa menggunakan bahan kimia.Diantara bahan terlarut yang ada didalam air adalah seperti kandungan ferum, gas(hidrogen sulfida, karbon dioksida, metana, radon), bau, ammonia, dan sebagainya.
  • Sumber air mentah akan dipam melalui paip buffer dan akan dihantar memasuki “Aerator Degasifier” sebelum melalui “Hydrorobot”.Fungsi utama aerator degasifier adalah untuk menghilangkan gas terlarut yang terkandung didalam air mentah.Tetapi proses ini tidak akan berlaku sekiranya tekanan air mentah kurang daripada > 4.0 bar @ 58psi.

 

CARTA ALIRAN PROSES RAWATAN AIR JENIS CHEMILESS

 

PENERANGAN PROSES

  • Sistem rawatan air jenis Chemiles merupakan satu sistem biological dimana ianya hanya menggunakan bakteria nitrate dan bakteria besi untuk proses rawatan air minum.Namun,sistem rawatan ini lebih kepada teknologi hijau dan mesra alam memandangkan ianya tidak memerlukan bahan kimia untuk proses rawatan air minum.
  • Seperti yang kata ketahui,air bawah tanah mengandungi besi, mangan, nitrogen amonium, dan juga lain-lain galian yang berbahaya dan memberi kesan kepada tubuh manusia.
  • Air mentah yang diterima akan melalui proses pengoksidaan dimana proses ini akan berlaku di aerator melalui kaedah spray bertekanan tinggi.(special aerator nozzle).
  • Sistem Chemiles hanya memerlukan keluasan ruang yang minima memandangkan ianya 4x lagi cepat berbanding kaedah lama untuk menghasilkan air bersih.
  • Sistem ini memberi kelebihan untuk mengurangkan modal dan kos operasi serta dapat menyelesaikan masalah sisa buangan yang terhasil daripada bahan kimia.

 

CARTA PROSES RAWATAN AIR JENIS OZONATION

PENERANGAN PROSES

  • Umumnya proses rawatan air jenis Ozon dijalankan oleh Medan pelepasan elektrik seperti pada penjanaan ozon jenis CD (Corona Discharge Simulation of Lightning), atau oleh radiasi ultraviolet seperti dalam penjana ozon jenis UV (Simulasi Sinaran Ultraviolet dari matahari).
  • Cecair oksigen, O2 daripada “Air Liquid” mengalir ke penjana ozon dimana penjana ozon merupakan alat untuk menghasilkan gas ozon menggunakan kuasa elektrik.
  • Kaedah yang digunakan untuk menghasillkan gas ozon ialah “Corona Discharge Method’’
  • Molekul Oksigen dipisahkan melalui tenaga yang dibekalkan dan menghasilkan dua atom oksigen, O.Atom oksigen,O yang telah dipisahkan akan bertindakbalas dengan molekul oksigen,O2 untuk menghasilkan ozon,iaitu O3.
  • Diantara kelebihan sistem rawatan ini adalah :
    • Ozon adalah agen pengoksidaan yang kuat.
    • Ozon boleh merawat air 3000 kali lebih cepat daripada kaedah konvensional.
    • Ozon juga merupakan  pembasmi kuman yang boleh membunuh mikroorganisma dengan berkesan tanpa menghasilkan THM (sebatian yang boleh menyebabkan kanser).
    • Ozon tidak meninggalkan kesan sampingan kecuali oksigen dan karbon dioksida di dalam air dan ia adalah minimum.
    • Apabila terdedah kepada air neutral atau alkali, ozon terurai di dalam air untuk menghasilkan radikal bebas hidroksil yang lebih aktif.