Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Aduan Pengguna »

Carta proses ujian meter air pengguna :

Bil. Keterangan Tindakan Tempoh (Hari)
1. Menerima aduan daripada pengguna untuk ujian meter bersama bayaran deposit mengikut saiz meter. AKSB Jajahan  1 Hari
2. Penukaran meter di premis. (Meter baru yang dipasang tidak akan ditukar samaada keputusan ujian berjaya atau gagal) AKSB Jajahan  1 Hari
3. Menyediakan borang permohonan ujian meter dan hantar ke bengkel meter bersama dengan :

  1. Meter untuk diuji
  2. Resit deposit ujian dan bil air yang berkaitan
AKSB Jajahan Dalam masa 3 hari
4. Menerima dan membuat semakan ke atas borang permohonan ujian meter dan meter untuk diuji. Bengkel (Unit Meter) Dalam masa 5 hari
5. Menyediakan jadual bagi penetapan tarikh dan masa ujian akan dibuat. Seterusnya, menghantar jadual tersebut ke ibu pejabat melalui faks atau email. Sama 1 Hari
6. Menyediakan surat temujanji kepada pengguna berkenaan tarikh dan masa ujian untuk dihadiri. (1 salinan kepada jajahan yang berkaitan) Ibupejabat (Unit Meter) 1 Hari
7. Proses menunggu tarikh ujian meter. (Hari bekerja) Bengkel Meter 4 Hari
8. Ujian meter dilakukan pada tarikh dan masa yang ditetapkan sama ada pengguna hadir atau tidak. Sama 1 Hari
9. Kemaskini keputusan selepas ujian dibuat dan rekod kedalam laporan keputusan ujian meter dan kedalam SISPAK. Sekiranya meter didapati rosak, wang deposit akan dikreditkan kedalam bil air akan datang dan sekiranya meter tidak didapati rosak, wang deposit tidak akan dikembalikan. Seterusnya menghantar laporan keputusan ujian meter ke ibu pejabat AKSB. Sama 1 Hari
10. Menyediakan surat keputusan ujian meter kepada pengguna. (1 salinan kepada jajahan yang berkaitan & unit kawalan hasil) Ibupejabat (Unit Meter) 1 Hari
JUMLAH 19 Hari