Pemotongan Bekalan Air

Pemotongan bekalan air dilakukan adalah bagi menstabilkan kutipan dari bil pengguna, bil tidak dijelaskan mengikut waktu yang di tetapkan dan untuk pengaliran wang yang cekap. Terdapat beberapa jenis pemotongan air iaitu :
Pemotongan ikut permintaan pengguna
Punca-punca bagi penutupan akaun & kaedah permohonan :
- Pemilik/pengguna telah berpindah rumah
- Premis musnah akibat dari kebakaran
Pengguna diminta untuk menyediakan dokumen berikut :
- Surat permohonan penutupan akaun
- Salinan asal resit deposit
Penguatkuasaan pemotongan bekalan
Penguatkuasaan Pemotongan Bekalan Dijalankan kerana
- Pengguna gagal menjelaskan hutang dalam masa yang ditetapkan
- Pengguna gagal untuk menjelaskan hutang tertunggak
- Pengguna mengambil bekalan air dari sistem bekalan air yang tidak sah
Kaedah Pemotongan Bekalan Air adalah melalui :
- Clamp stop-cork
- Cabut meter dan pasang plug
- Tutup injap air daripada mengalir
- Potong bekalan dengan memasang ‘ferule’
Namun, bekalan air akan disambung pada hari yang sama di mana semua bayaran tertunggak dijelaskan.
Kaedah Pengiraan Bil Dibuat
Pengiraan penggunaan air akan dikira mengikut tarif yang telah ditetapkan berdasarkan 31 hari penggunaan biasa.
