Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Bantuan Aduan Pengguna »

Permohonan Untuk Ujian Meter

Carta proses ujian meter air pengguna :

Bil.KeteranganTempoh (Hari)
1.Menerima aduan daripada pengguna untuk ujian meter bersama bayaran deposit sebanyak RM20.00.
2.Lawatan ke premis untuk mengenalpasti punca masalah.
3.Penukaran meter di premis.
(Meter baru yang dipasang tidak akan ditukar sama ada keputusan ujian berjaya atau gagal)
4.Menyediakan borang permohonan ujian meter dan hantar ke ibu pejabat bersama dengan :

  1. Meter untuk diuji
  2. Resit deposit ujian dan bil air yang berkaitan
5.Menerima dan membuat semakan ke atas borang permohonan ujian meter dengan dokumen yang diterima.5 Hari
6.Menetapkan tarikh dan masa ujian akan dibuat dan menyediakan surat temujanji kepada pengguna berkenaan tarikh dan masa ujian untuk dihadiri. (1 salinan kepada jajahan yang berkaitan)1 Hari
7.Menghantar meter bersama resit deposit ujian dan bil air yang berkaitan ke bengkel meter AKSB Pengkalan Chepa (Penyelia Bengkel Meter) dan mengepos surat temujanji kepada pengguna.1 Hari
8.Proses menunggu tarikh ujian meter. (Hari bekerja)4 Hari
9.Ujian meter dilakukan pada tarikh dan masa yang ditetapkan sama ada pengguna hadir atau tidak.1 Hari
10.Kemaskini keputusan selepas ujian dibuat dan rekod kedalam laporan keputusan ujian meter dan kedalam SISPAK dan menghantar laporan keputusan ujian meter ke ibu pejabat AKSB.1 Hari
11.Menyediakan surat keputusan ujian meter kepada pengguna dan jajahan yang berkaitan.1 Hari
14 Hari