4/2/2022@Machang. Persediaan menjelang pembaikian paip air GRP 1100mm yang bocor di Kg Belukar esok 5 Februari 2022 terus giat dilakukan. Bagi memastikan bekalan air juga dapat dihantar secara alternatif kepada pengguna, tangki- tangki statik telah disediakan di kawasan-kawasan yang strategik dan penambahan jumlah tangki statik juga sedang dilakukan. Kerja kerja memasang tapak tangki-tangki statik giat dilakukan sejak beberapa hari lalu di Machang oleh AKSB.
Dataran Royalti Bukit Belah

Taman Padang Selising

Depan masjid Kampung Pangkal Meleret

Depan Masjid Temangan

Kg Kaabah

Pasar Malam Padang Luas Kg Joh.