Kepada semua pemegang akaun bil Air Kelantan Sdn Bhd . Bermula daripada Februari 2018 pihak AKSB akan menggunakan sistem Ctos Data Systems Sdn Bhd(CTOS) yang merupakan pelaporan kredit yang berdaftar dengan Jabatan Pelaporan Kredit . Nama pemegang akaun yang telah dipotong bekalan air dan masih mempunyai akaun yang tertunggak akan di masukkan dan dizahirkan ke dalam sistem CTOS.
Bagi mengelakkan nama disenaraikan ke dalam sistem tersebut, sila jelaskan kesemua baki tunggakan bil air masing-masing dengan kadar segera.