Satu lagi aktiviti CSR AKSB bagi tahun 2021 telah disempurnakan pada 15 Ogos 2021 (Ahad) bertempat di Wisma Air Kelantan. Di atas semangat perpaduan dan kesatuan rakyat, AKSB dengan penuh rasa keperihatinan dan tanggungjawab mengambil inisiatif di bawah Program CSR dengan menyalurkan sedikit sumbangan dalam bentuk air mineral berjumlah 10,080 botol (420 karton) kepada Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 (PKRC) dan sebanyak 4,800 botol (200 karton) kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kota Bharu untuk kegunaan para petugas frontliners dan orang awam yang berada di PKRC dan PPV berkaitan.
Serahan sumbangan disempurnakan oleh Pengurus Besar AKSB, Datuk Ir. P. Geol. Dr. Azuhan Bin Mohamed kepada YBhg Dr Mohd Zurairie Bin Mohd Zubir bagi pihak PKRC dan wakil bagi YBhg Dr. Izamin Bin Idris bagi pihak PPV Kota Bharu.
Air Kelantan Sdn Bhd
(Unit Komunikasi Korporat)
15 Ogos 2021 (Ahad)