24/10/2021@Kota Bharu Timur.Lanjutan dari lawatan muhibbah serta perbincangan antara wakil penduduk dengan pemimpin masyarakat, Adun Tanjung Mas, wakil SPAN dan wakil AKSB iaitu Ketua operasi Jajahan Kota Bharu Timur pada 21 Oktober 2021, AKSB telah menambah dua lagi tangki statik di Taman Harian sebagaimana yang dibincangkan tempohari. Penghantaran bekalan air melalui lori-lori air kontrak masih diteruskan ke taman berkenaan sementara menunggu pengoperasian LRA Telok sebagaimana perancangan usaha jangka panjang yang sedang dalam proses akhir penyiapan.