7/12/2021@Kota Bharu Selatan. Kerja-kerja pengubahsuaian paip air masuk tangki menara dan pemindahan panel kawalan pam telaga sediada di LRA Ketereh, Kelantan telah siap tengah malam tadi. Agihan bekalan air telah disambung semula sejurus selepas kerja siap. Bekalan air ke kawasan terkesan akan kembali pulih secara berperingkat.