Sekitar misi bantuan banjir di Selangor yang turut disertai Team AKSB di bawah aktiviti berterusan CSR. Misi bantuan tersebut diketuai pihak Pusat Khidmat Dun Temangan selama 3 hari bermula 23/12/21-26/12/21. Pihak AKSB amat berterima kasih kepada ADUN Temangan YB Dato’ Mohamed Fadzli Bin Dato’ Hj Hassan serta Pengarah misi bantuan banjir DUN Temangan ke Selangor, Ustaz Razuan Bin Awang Hamad yang sudi membenarkan Team AKSB menyertai rombongan dalam misi kali ini. Semoga kerjasama dan khidmat bakti yang mulia ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Semoga Allah SWT permudahkan semua urusan yang berkaitan.