3/2/2022@Machang.
Sekitar lawatan kerja YB Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man serta pegawai Kementerian, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dato ‘ Hj Ahmad Faizal Bin Abdul Rahman, serta ahli Suruhanjaya dan pegawai SPAN, PAAB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif En Abdul Hadi Ali dan pegawai ke Loji Rawatan Air Merbau Chondong bagi meninjau dan mendapat taklimat berkenaan pengoperasian loji. Rombongan disambut oleh Pengurusan AKSB yang diketuai oleh Pengurus Besar Datuk Ir.P. Geol.Dr. Azuhan Bin Mohamed dan pegawai. Setelah selesai taklimat, YB Menteri dan rombongan turut melawat lokasi berlakunya insiden kebocoran paip air mentah GRP bersaiz 1100mm di laluan Kg Belukar, Jln Kemubu, Machang.