6/2/2022@Machang. Status terkini pembaikian di Kg Belukar.
Kerja-kerja pengorekan tanah diteruskan malam tadi sehingga penemuan tempat kebocoran paip.
Pengorekan masih diteruskan untuk mengenal pasti sekiranya terdapat lagi kebocoran lain pada paip tersebut.
Dalam masa yang sama kontraktor pakar telah tiba dan dalam keadaan bersedia untuk melakukan pembaikian kebocoran di lokasi tersebut.
Pengorekan diteruskan sehingga keseluruhan paip di kawasan lokasi yang dikenal pasti kelihatan.
Manakala pasukan lori tangki dari pelbagai negeri bersama team AKSB giat menjalankan usaha menghantar dan memenuhkan tangki-tangki statik dan tangki pengguna di jajahan yang terkesan.
Buat masa ini LRA Merbau Chondong masih menyalurkan air kepada pengguna pada kadar 30mld selepas pam air mentah diberhentikan sementara bagi tujuan membolehkan pengorekan tanah dan pembaikian dapat dilaksanakan pada bahagian paip yang mengalami kebocoran oleh kontraktor pakar yang dilantik.