17/2/2022@Pasir Mas.
Sekitar lawatan kerja Exco Kerjaraya Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Dato’ Sr.Haji Azami Mohd Nor bagi meninjau kemajuan projek LRA Mini Meranti Baharu dengan kapasiti 6jlh. Skop di bawah projek ini adalah pembinaan LRA mini dan sumber air.
Projek LRA Mini Meranti Baharu telah dimulakan pada 9/2/2022 dan tarikh siap mengikut kontrak adalah pada 7/3/2023. Mesyuarat “kickoff ” telah diadakan pada 26/1/2022. Lawatan turut dihadiri Pengurus Besar AKSB, Datuk Ir. P. Geol Dr. Azuhan bin Mohamed dan kakitangan.