7/3/2022@Hotel Perdana Kota Bharu.
Bagi menghargai media dan kerjasama yang terjalin sepanjang tahun 2021, suatu majlis aspresiasi telah diadakan. Dalam masa yang sama, logo baharu AKSB dan aplikasi myAKSB versi kemaskini telah dilancarkan. Wajah baharu logo AKSB telah ditontonkan kepada semua yang hadir. MyAKSB iaitu aplikasi yang dibangunkan secara dalaman oleh Team Sistem Teknologi Maklumat AKSB telah ditambahbaik dan dikemaskini dengan memasukkan fungsi bayaran secara atas talian. Aplikasi ini memberi kemudahan kepada pelanggan AKSB mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air, membuat semakan bil, membuat bayaran dan aduan berkaitan masalah air. Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan & Utiliti, Dato’ Sr Hj Azami Bin Mohd Nor, yang turut disaksikan oleh Ybhg. Datuk Ir P.Geol Dr Azuhan Bin Mohamed, Pengurus Besar AKSB dan juga Yang Berusaha En Shahnom Haniff Abdullah Suhaimi, Presiden Kelab Media Kelantan (KEMUDI). Majlis turut dihadiri sama oleh Yang Berusaha Ketua Pegawai Operasi PMBK, Wakil daripada Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd, Ketua Jabatan AKSB, Pengurus Jajahan AKSB dan rakan media.
Majlis penyampaian anugerah kepada rakan media sebagai penghargaan kepada mereka yang banyak membantu dalam merakam setiap aktiviti AKSB bagi tahun 2021 adalah julung kali diadakan oleh AKSB. Pada majlis tersebut juga telah disampaikan Anugerah Pertandingan Penulisan Berita AKSB Terbaik Bagi Kategori Media Cetak yang telah dimenangi oleh:
- Tempat Pertama – Torek Bin Sulong (Utusan Malaysia)
- Tempat Kedua – Siti Fatihah Awang (Sinar Harian)
- Tempat Ketiga – Mohd Faisal Ghazali (Malaysia Kini)
- Tempat keempat – Hazelen Liana Kamarudin (Sinar Harian)
Anugerah Khas bagi kategori Media Eletronik telah dimenangi oleh Majidah Binti Ismail dari Berita Utama RTM dengan tajuk ‘AKSB GIAT TUKAR PAIP LAMA DI KELANTAN’. Anugerah disampaikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan & Utiliti, Dato’ Sr Hj Azami Bin Mohd Nor. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan majlis yang sedemikian dapat diteruskan dari masa ke semasa.
Sumber yang berkaitan :
- https://youtu.be/_u7fw3KD3Ek
- https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/03/930991/kelantan-bina-loji-mini#.YiV0qByCm8A.whatsapp
- https://harakahdaily.net/index.php/2022/03/07/aksb-bangun-aplikasi-lebih-mesra-pelanggan/
- https://www.sinarharian.com.my/article/191425/EDISI/Peruntukan-RM49-juta-pembangunan-lapan-loji-mini-air-bersih
- https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/817974/bina-8-loji-mini-baik-pulih-proses-rawatan-air
- https://www.kosmo.com.my/2022/03/07/loji-mini-bantu-pertingkat-bekalan-air-bersih-di-kelantan/
- https://www.facebook.com/201771579834991/posts/jabatan-penyiaran-kelantan-menerima-anugerah-khas-media-sempena-majlis-apresiasi/5325269747485123/
- https://www.facebook.com/KELANTANfm/posts/5325269747485123
- https://youtu.be/XRzQV5vOemc
- https://www.malaysiakini.com/news/613372