23/3/2022@Tumpat.
Kerja-kerja Tee-off dan pengalihan paip 18 inci bagi Projek Flyover di Bulatan Wakaf Bharu, Tumpat telah dimulakan tengahari tadi oleh kontraktor JKR yang dilantik dengan penyeliaan oleh AKSB. Kerja-kerja di tapak berjalan lancar dan dengan progres kerja yang dilaksanakan setakat petang tadi inn shaa Allah ianya dapat disiapkan lebih awal dari jangkaan.