Bantuan Ambang Ramadan – Menyantuni Masyarakat Kampung Di Kuala Krai
29/3/2022@Kuala Krai – Program Tanggungjawab Sosial AKSB diteruskan dengan menyatuni orang-orang kampung, orang kurang bernasib baik dan orang miskin seperti ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya terutamanya penduduk di kawasan hulu dalam persiapan menyambut bulan Ramadan. AKSB sebagai sesebuah syarikat yang mementingkan tanggungjawab sosial kepada masyarakat sentiasa berusaha untuk melaksanakan program yang dapat mendekatkan lagi hubungan AKSB dengan penduduk kampung.
Bagi merealisasikan program ini, AKSB telah menjalinkan kerjasama dengan Kelantan Care bagi persiapan dan urusan. Sumbangan bakul makanan Ambang Ramadan ini disumbangkan oleh AKSB kepada penduduk yang terpilih di kampong Jalan Gail, Kampung Gatal, Taman Orkid, Kampung Tualang, Kampung Bekok dan Kampung Hamzah
Majlis penyerahan sumbangan disampaikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman sebagai wakil dari AKSB diiringi oleh En Ismail Mohamad, Setiausaha Kelantan Care kepada semua penduduk yang terpilih. Program turut dihadiri oleh Abdullah Bin Che Mat, Mantan Penghulu Kampung Jalan Gail semasa sumbangan diberikan di Kampung Jalan Gail. Turut hadir juga wakil kakitangan AKSB Kuala Krai dan kakitangan Unit Komunikasi Korporat.