2/4/2022@Kota Bharu.
AKSB turut sama dengan pelbagai agensi dan Majlis Perbandaran Kota Bharu membuat persediaan di khemah Madinah Ramadan pada tahun ini sempena bulan Ramadan 1443H/ 2022. Di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), AKSB sekali lagi berpeluang bersama-sama menyediakan kemudahan kepada orang ramai berwuduk dengan menyediakan pili dan tangki air untuk kegunaan sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak di Madinah Ramadan.
#Marhaban Ya Ramadan#
Perasmian oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Hj Ahmad b. Yakob (Menteri Besar Kelantan) pada malam 05 April 2022 . Turut hadir YB Dato’ Hj Norazman Bin Abdul Ghani (Pegawai Kewangan Negeri), YB Idham Bin Abd Ghani (Penasihat Undang-undang Negeri) dan YM Tuan Zainal Abidin B. Tuan Yusuf (Yang Dipertua MPKB)