28/3/2022@ Pasir Tumboh, Kota Bharu
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada tahun ini (Program Ambang Ramadan) diteruskan lagi dengan mengagih air mineral di Masjid As-Saabiquun Desa Darulnaim Pasir Tumboh. AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan kepada Bilal 1 masjid iaitu Haji Baharudin Bin Harun.
Pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT.