31/3/2022@ Kota Bharu, Kelantan
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada tahun ini (Program Ambang Ramadan) diteruskan lagi dengan mengagih air mineral di Masjid Mukim Taman Guru. AKSB melalui wakil Unit Komunikasi Korporat Tuan Mohd Nor Bin Tuan Yahya, telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Bilal Rawatib masjid iaitu En. Zamri Bin Baba.
Masjid ini dibina pada 30/10/1980 dan merupakan masjid bagi perumahan Taman Guru. Masjid ini telah beberapa kali dibuat ‘renovasi’ bagi menampung peningkatan penduduk di taman perumahan. Masjid ini telah dibuat renovasi pada 15/10/2004. Pada 19/3/2009 masjid ini telah dinaiktaraf menjadi masjid mukim .
Pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT.