31/3/2022@ Peringat, Kelantan
Program Ambang Ramadan diteruskan lagi di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada hari ini dengan mengagih air mineral di Masjid Mukim Padang Kala pada 31 Mac 2022 bersamaan 28 Syaaban 1443H. AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Tok Siak Masjid iaitu En. Wan Zamili Bin Wan Zakaria.
AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT.