10/4/2022@Pasir Pekan, Tumpat.
Alhamdulillah dalam bulan Ramadan yang mulia ini program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) AKSB telah diteruskan dengan menyantuni anak-anak yatim dan kakitangan Rumah Anak Yatim Dan Dhuafa’ Siti Aminah yang pada masa ini menempatkan lebih kurang 30 orang anak-anak yatim dan dhuaafa’ serta beberapa penjaga yang dedikasi. AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat yang diketuai oleh Puan Nik Eda Salwanee Binti Nik Sulaiman beserta keseluruhan team UKK telah menyantuni dan mengagihkan sedikit sumbangan AKSB bagi menceriakan keseluruhan penghuni rumah anak yatim tersebut.Semoga sedikit bingkisan dan lawatan tersebut sedikit sebanyak membawa keceriaan kepada mereka dalam menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan yang mulia ini. Semoga Allah SWT menerima segala ibadah kita semua di di bulan Ramadan Al Mubarak.