26/6/2022@ Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.
Pada tahun ini 1443H/ 2022M seramai 584 orang jemaah haji Kelantan telah melapor diri di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji bermula 24/6/2022- 27/6/2022 dan berlepas melalui 4 penerbangan sewa khas dari Kota Bharu-KLIA- Jeddah. Majlis pelepasan jemaah haji pada 25/6/2022 telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob yang turut sama dihadiri Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zubaidah Abdul Hamid, YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan YBrs Hj Abdul Rashid Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, Pengurusan Tabung Haji serta wakil agensi-agensi lain termasuk AKSB.
Pihak AKSB amat berbesar hati dapat sama-sama terlibat dalam program pelepasan jemaah haji kali ini bagi menyantuni para Duyufurrahman dan sebagai meneruskan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) AKSB yang berterusan, AKSB melalui Pejabat Jajahan Kota Bharu Timur telah menempatkan sebuah lori tangki air AKSB di hadapan surau Kompleks tersebut bagi kemudahan tambahan untuk para Duyufurrahman dan petugas Tabung Haji serta lain-lain sepanjang 4 hari program berkenaan. AKSB turut menyumbangkan bekalan air mineral kepada para Duyufurrahman dan petugas-petugas Tabung Haji. Melalui Ketua Unit Komunikasi Korporat AKSB, Puan Nik Eda Salwanee Binti Nik Sulaiman, pihak AKSB juga telah menyumbangkan kit penjagaan diri/ travel kit kepada para Duyufurrahman untuk kegunaan di Tanah Suci sepanjang pekerjaan haji. Mudah-mudahan Allah SWT kurniakan aafiyah kepada semua para Duyufurrahman dan pulang ke tanahair dengan haji yang mabrur.