27/6/2022@Bachok.
Sebagai meneruskan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) AKSB yang berterusan, AKSB turut sama membantu dalam program pembangunan institusi masjid terutamanya berkenaan infrastruktur bekalan air. Alhamdulillah, AKSB pada hari ini telah menyampaikan sedikit sumbangan untuk program pembangunan masjid Mahmoodi Tawang Bachok. Penyampaian sumbangan ini telah disampaikan oleh wakil Unit Komunikasi Korporat AKSB, Tuan Mohd Nor Tuan Yahya kepada Imam Masjid berkenaan, Ustaz Helmi Hassan.Mudah-mudahan sumbangan kecil ini dapat sama-sama membantu dalam penyiapan pembangunan masjid.