21/6/2022@ Wisma AKSB.
Mesyuarat koordinasi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kg Tok Jaafar telah diadakan di Wisma AKSB dengan di Pengerusikan oleh Ir. Rosazlan Bin Abu Seman Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal , Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia. Seramai 20 orang task force dari Jabatan Pengairan dan Saliran hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil KKLW, AKSB dan SPAN. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan hala tuju pelaksanaan projek yang akan dilaksanakan kelak. Rombongan turut meninjau dan membuat lawatan ke tapak projek. Rancangan pelaksanaan projek ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi pengeluaran air dan dapat menambah permintaan bekalan air di kawasan sekitar terutama Kota Bharu Selatan.