28/7/2022 – Selaras dengan pengumuman oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bertarikh 26 Julai 2022 berhubung dengan pelaksanaan pelarasan tarif bekalan air kategori bukan domestik dan kategori khas melalui Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Air Kelantan Sdn Bhd akan berusaha mematuhi semua ketetapan yang telah diputuskan dengan sewajarnya untuk melaksanakan pelarasan tarif bekalan air pada 1 Ogos 2022.
Pelarasan tarif yang akan dilaksanakan pada 1 Ogos 2022 tidak melibatkan pengguna Domestik selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri pada 24 Jun 2022. Pihak pengguna boleh merujuk kepada kadar tarif bekalan air baharu yang dilaraskan sebagaimana berikut :
Untuk sebarang soalan atau kemusykilan mengenai pelarasan tarif bekalan air, pengguna boleh menghubungi AKSB melalui talian 15777.