26/7/2022@ Kota Bharu Utara.
Sekitar Program Hari bertemu Pelabur 2022- Kelantan Investment Day 2022 yang mana beberapa syarikat di bawah Kumpulan PMBK termasuk Air Kelantan Sdn Bhd telah sama sama menyertai program dan mengambil bahagian dalam memberi penerangan dan taklimat kepada para pelabur dan bakal pelabur ke Kelantan. Di samping itu taklimat dan pembentangan kertas kerja kepada para pelabur, bakal pelabur serta peserta program turut diadakan pada hari tersebut di Hotel Grand Riverview. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Hj. Hanifa Bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan manakala sesi penutup telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.