8/9/2022@Meranti.
Sekitar lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, YB Dato’ Sr.Hj Azami b. Mohd Nor bersama Pengurus Besar AKSB Datuk Ir Dr Azuhan Bin Mohamed FSc P.Geol ke Loji Rawatan Air Mini Meranti Baharu yang masih dalam pembinaan dengan progress di tapak sehingga 25/8/2022 sebanyak 31 peratus.
LRA Mini dengan kapasiti 6 Mld dijangka mampu memberi manafaat kepada 3,000 akaun atau 15,000 orang penduduk. Loji ini dijangka siap pada awal 2023.