21/9/2022@Wisma AKSB.
CSR AKSB diteruskan lagi dengan kerjasama pihak HUSM dan AEON Credit bagi menjayakan kempen derma darah serta promosi Member Plus Kad Aeon dan kemudahan-kemudahan lain bagi pengguna di Wisma AKSB. Program ini adalah satu program yang sentiasa mendapat sambutan baik serta kerjasama para penderma darah dari kalangan kakitangan AKSB. Penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman, Ketua Komunikasi Korporat kepada wakil HUSM dan wakil Aeon Credit . Dengan kerjasama yang baik dari semua pihak, program seumpamanya akan terus diadakan pada masa-masa akan datang Inn Shaa Allah.