Kerja-kerja penyelenggaraan dan pencucian mukasauk bagi Loji Rawatan Air Kelar dan pemeriksaan pam air mentah no 2 dan 4 telah dilaksanakan bermula 28 September 2022. Penyelenggaraan pam air mentah no 2 telah selesai pada hari yang sama. Pada hari kedua kerja penyelenggaraan dan pencucian mukasauk diteruskan dan hari ini adalah merupakan hari ketiga yang mana pam air mentah no. 4 pula diangkat untuk pemeriksaan dan servis. Kerja- kerja penyelenggaraan dan pencucian mukasauk diteruskan bagi memastikan kelancaran proses pengepaman air mentah untuk di rawat di Loji Rawatan Air Kelar.