15/11/2022@Bachok.
Hari ini lawatan Pengurus Besar AKSB diteruskan ke Pejabat jajahan Bachok dimana beliau berharap agar kakitangan dapat meningkatkan tahap perhubungan dengan para pelanggan serta sentiasa menganggap bahawa kerja adalah ibadah. Kakitangan juga disarankan agar dapat meningkatkan kerjasama antara satu sama lain serta sentiasa bekerja secara berpasukan. Unit unit lain juga wajar saling bekerja sama dan bantu membantu.
Lawatan seterusnya adalah ke LRA Kg Chap, LRA Jelawat dan LRA Mini Teluk Mesira. Lawatan ini juga turut disertai Ketua Jabatan Operasi dan kakitangan Unit Komunikasi Korporat.