Tanamkan sifat kerjasama kukuhkan AKSB pasir mas.
17/11/22@PASIR MAS.. Hubungan baik sesama kakitangan telah membawa warga kerja di Jajahan Pasir Mas berada dalam harmoni dan penuh bertanggungjawab.
Demikian menurut Pengurus Jajahan Pasir Mas Mohd Tarmizi Ahmad.
Menurut beliau, jalinan ukhuwah yang baik telah terjalin sesama warga kerja AKSB Pasir Mas selama ini telah membawa satu kesepakatan dalam gerak kerja dan ini terbukti dengan jumlah akaun yang terbesar di Kelantan telah dapat membawa pulangan hasil yang baik kepada syarikat.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada Pengurus Besar Dr Hj Nazmi Ghazali Azmi dalam siri lawatan ke seluruh jajahan.
Sementara itu, Pengurus Besar, Dr Hj Nazmi Ghazali Azmi ketika menyampaikan amanat berharap semua warga kerja di jajahan Pasir Mas dapat mengekalkan prestasi dan terus meningkatkan aktiviti kerja berlandaskan Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan.
” Kita wajar menghayati teras UMI ini dalam kerja seharian dan berniat dari turun rumah menjadikan kerja sebagai ibadat dan sebelum ini kita sering mendengar kematian ketika mendirikan solat atau sedang membaca Al Quran, namun jika kita berniat betul dalam menjadikan kerja sebagai ibadat, inn syaa Allah mati kita ketika dalam bertugas juga satu kematian yang baik” ujar beliau.
Hadir sama Ketua Jabatan Operasi En Mohd Ashri Awang dan kakitangan Unit Komunikasi Korporat.
Pengurus Besar turut meluangkan masa melawat Loji Rawatan Air Kelar dan meninjau Muka Sauk di Sungai Kelantan.