Tingkatkan mutu kerja berteraskan UMI.
22/11/22@Machang – Kejayaan sesebuah syarikat bukan saja bergantung kepada ketua atau pengurus, malah ianya berkait rapat dengan kesepakatan keseluruhan kakitangan.
Demikian menurut Pengurus Besar Dr Hj Nazmi Ghazali Azmi ketika mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Jajahan Machang.
Kesiapsiagaan kakitangan dalam sepanjang masa menjaga pengeluaran air terawat agar sentiasa dapat memenuhi permintaan pengguna wajar dipertingkatkan lagi.
Sementara itu, kakitangan disarankan agar sentiasa menghayati prinsip Ubbudiyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI ) dalam kehidupan harian dan terutamanya masa kerja, kerana melalui UMi ini, kakitangan akan sentiasa berada dalam ibadat yang mulia kerana sepanjang masa kerja adalah termasuk dalam suasana yang murni.
Hadir sama dalam majlis ini adalah Ketua Jabatan Operasi En Ashri Awang, Pengurus Jajahan Machang Nik Nasrukhat Manaf , Ketua Operasi Loji Mohd Hasyimi Hasbullah dan Unit komunikasi korporat.
Selesai majlis tersebut Pengurus Besar mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Merbau Chondong, Mukasauk Sg Bagan dan Loji Rawatan Air Ketereh.