AKSB melalui Tanggungjawab sosial korporat turut menyumbang kepada Pondok Madrasah Diniah Bakriah, Terusan, Pasir Tumbuh yang terlibat dengan ujian kebakaran baru baru ini.
4/12/2022 @ PASIR TUMBOH
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) turut bersimpati terhadap kejadian kebakaran yang berlaku di dalam kawasan Pondok Madrasah Diniah Bakriah Terusan, Pasir Tumboh pada 29 November 2022 jam 5 petang yang melibatkan 8 buah pondok pengajian.
Sebagai tanda kecaknaan dan simpati, AKSB melalui Pengerusi Lembaga Pengarahnya yang juga merupakan Exco Negeri, Dato Sr Hj Azami Mohd Nor telah menyalurkan sumbangan RM10, 000.00 ( RM Sepuluh Ribu) bagi meringankan beban akibat kebakaran.
” Kita berharap dengan sedikit sumbangan ini, dapat meringankan beban mereka yang terlibat” ujar beliau.
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Setiausaha Agong Pondok Ustaz Ahmad Shairazi b Hj Atiqullah.
Hadir sama Timbalan Exco Yang juga merupakan Adun Pasir Tumboh Hj Abd Rahman Yunus.
Ini adalah merupakan tanggungjawab sosial korporat berterusan AKSB dan merupakan sumbangan kedua kepada pondok ini yang terlibat dengan kebakaran sebelum ini pada tahun 2016.
Link: https://www.astroawani.com/video-malaysia/banjir-kelantan-siap-sedia-lori-tangki-bekalan-air-bersih-1999435 (Astro Awani)