16/02/2023 @ Kota Bharu
Pihak Air Kelantan telah menerima satu lawatan kerja oleh Sektor Infrastruktur dan Perolehan (SIP), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN Kelantan) sebagai sektor yang bertanggungjawab menguruskan fizikal di sekolah-sekolah negeri Kelantan. Peserta lawatan adalah seramai 30 orang pegawai daripada JPN dan PPD dari seluruh jajahan negeri Kelantan. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari mengenai proses rawatan air yang dilaksanakan oleh pihak AKSB.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Ketua Operasi Loji, Encik Rahmat dan seterusnya sesi lawatan ke Loji Kampung Puteh dan Makmal Pusat Air Kelantan. Lawatan ini juga turut disertai oleh Staff Unit Komunikasi Korporat, Encik Hazwan Hassan.