15/03/2023@
Setiap kali datangnya Ramadan, aktiviti Ambang Ramadan di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan seliaan Unit Komunikasi Korporat telah diatur. Agihan air mineral telah menjadi aktiviti tetap semenjak 2 tahun lalu.
Pada hari ini agihan sumbangan air mineral telah disampaikan kepada Bendahari Masjid Ar-Rahman Mukim Pulau Gajah oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman. Beberapa kakitangan Unit Komunikasi Korporat dan Koperasi kakitangan & Keluarga Air Kelantan Berhad turut hadir dalam program ini.