2/4/2023@Kota Bharu.
Alhamdulillah. Pada hari ini Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melalui Tanggungjawab Sosial Korporat mereka telah menyampaikan cenderahati ramadan kepada kakitangan- kakitangan di Ibu Pejabat AKSB. Sesi penyerahan telah dibuat di PMBK oleh Ketua Pegawai Operasi PMBK, YBrs En Wan Husni kepada AKSB melalui wakil unit Komunikasi Korporat AKSB. Ianya telah disampaikan kepada kakitangan-kakitangan di Wisma AKSB sejurus selepas penerimaan. Pihak AKSB mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMBK di atas pemberian tersebut. Semoga sentiasa mendapat keberkahan dari Allah SWT sepanjang bulan Ramadan 1444H ini. JazakAllah.