10/4/2023@ Wisma AKSB.
Aktiviti CSR AKSB diteruskan lagi dengan program Kempen tukar minyak masak terpakai anjuran AKSB bersama Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd. (KUMH).
Alhamdulillah, Program yang diadakan ini telah mendapat sambutan daripada kakitangan di mana setiap kilogram minyak masak terpakai dapat ditukar kepada wang tunai serta diberi hadiah cenderahati. Program sebegini diharap dapat menyemai dan memupuk sikap cakna terhadap alam sekitar serta mendapat pulangan tunai hasil pelupusan minyak terpakai secara bijak. Semoga program dan kerjasama dengan KUMH dpt dijalinkan lebih erat lagi pada program- program kemasyarakatan di masa masa akan datang, In Shaa Allah.