17/5/2023@Kota Bharu
CSR AKSB diteruskan lagi dengan bantuan kepada operator lain yang dalam kesulitan sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selaras dengan Memorandum of Understanding (MOU) yang telah ditandatangani di antara operator – operator air dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah mengalami insiden kerosakan pintu kawalan air barrage Sungai Muda sehingga menyebabkan paras air surut mendadak dan seterusnya menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Petani, Kulim Hitech dan Pinang Tunggal dihentitugas.
Bilangan akaun terjejas dianggarkan sebanyak 252,000 akaun. Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) telah menghantar bantuan sebuah lori tangki air dengan kerjasama rakan strategik AKSB iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan juga sebuah Isuzu D-max serta beberapa kakitangan yang terdiri daripada 3 orang AKSB dan 2 orang daripada PBSM.
Pihak kami di AKSB mengaharapkan dengan bantuan serta kerjasama yang diberikan dapat meringankan beban dan kesulitan yang dihadapi.