22/5/2023@Wisma Air Kelantan.
Satu program kakitangan AKSB bersama SPRM telah diadakan di Dewan Utama Tingkat 6 Wisma AKSB.Program bicara integriti dan ikrar bebas rasuah bersama SPRM Kelantan telah dimulakan dengan taklimat oleh bahagian pendidikan SPRM, Puan Wan Siti Junaida Bt Ismail, Penguasa Ketua Bhg Penmas SPRM Negeri Kelantan.
Seksyen 17A Akta SPRM berkaitan liabiliti korporat telah diterangkan dalam program ini. Taklimat pada hari ini memberi penjelasan kepada kakitangan AKSB berkaitan kesalahan dan penerangan serta penjelasan kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan.