1/6/2023@Bangunan PMBK, Kota Bharu.
Hari ini telah dianjurkan satu sessi taklimat & perkongsian ilmu bagi kakitangan kakitangan dari kumpulan & anak syarikat PMBK. Perkongsian ilmu ini bertujuan memberi penerangan berkaitan proses dan perkara asas dalam sesuatu pertimbangan penyediaan dokumentasi dokumentasi perundangan. Proses yang betul dan lengkap dari peringkat awal boleh mempercepatkan sesuatu tindakan susulan dapat diambil oleh Jabatan Perundangan.
Taklimat anjuran PMBK ini telah disampaikan oleh Penasihat Undang Undang Puan Siti Alwani daripada PMBK dan Ketua Jabatan Undang Undang & Pematuhan AKSB, Penasihat Undang Undang (Senior) Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman daripada AKSB.
Semoga sessi taklimat & perkongsian ilmu ini memberi manfaat dan dapat membantu kakitangan kakitangan kumpulan & anak syarikat PMBK dalam proses berkaitan.