LRA Kelar telah menerima delegasi daripada Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada 24 Oktober 2023 lalu.
Delegasi diketuai sendiri oleh En Wan Mohd Husni Wan Osman, selaku Ketua Pegawai Operasi PMBK, bersama 22 pegawai dan kakitangan, khususnya melibatkan JKKP.
Taklimat telah disampaikan oleh En Wan Adnan Wan Hassan sebagai Ketua Unit HSE, Perhubungan Perusahaan & Integriti AKSB.
Melalui lawatan kerja tersebut, pihak PMBK bersama AKSB dapat sama-sama berkongsi pelaksanaan pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di LRA Kelar khasnya.