7 Disember 2023
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (NRECC) pada Khamis, 7 Dis. 2023 baru-baru ini.
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (NRECC) pada Khamis, 7 Dis. 2023 baru-baru ini.
Delegasi yang diketuai oleh YBhg Dato’ Razali Bin Mohammad, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Air & Pembetungan), diiringi oleh Puan Zahariah Binti Mohd Sarif, Setiausaha Bahagian, (Bahagian Perkhidmatan Air & Pembetungan) bersama 7 (tujuh) orang pegawai tertinggi Bahagian Sumber Air & Pembetungan, NRECC
Taklimat dipengerusikan oleh En Azhar Hanafi, selaku Timbalan Pengurus Besar Kewangan & Korporat, dan turut hadir adalah Ketua Jabatan Operasi, Ketua Jabatan Hasil & Penyelenggaraan, Ketua Jabatan Pentadbiran & Kewangan serta beberapa pegawai AKSB yang berkait rapat dengan pihak Sumber Air & Pembetungan.
Perbincangan dua hala merangkumi isu NRW serta peruntukan yang boleh ditawarkan oleh kerajaan Pusat, dan penambahbaikan infrastruktur bekalan air bersih di Negeri Kelantan.
AKSB menzahirkan setinggi ucapan terima kasih atas kesudian YBhg Dato’ TKSU hadir ke AKSB dalam memberikan pandangan dan idea yang bernas demi melestarikan bekalan air kepada rakyat Kelantan amnya.