01 Oktober 2024 – Selasa
AKSB berasa sangat bertuah menerima Lawatan Kerja YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke Tapak Loji Rawatan Air (LRA) Chicha 2, yang terletak di Pasir Hor, Kota Bharu.
Perdana Menteri diberikan taklimat berkaitan perkembangan pembinaan loji berkenaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Ir Zulkiflee Omar, serta maklumat berkaitan perkembangan projek LRA Bukit Chupak dan LRA Tanjung Mas serta status penggantian paip lama atau uzur di Kota Bharu.
Turut mengiringi delegasi Perdana Menteri adalah Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Exco & Timbalan Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Dr Izani Husin dan YB Ust Mohd Asri Mat Daud, YB Hj Saizol Ismail, Izani Ismail selaku Pengurus Besar AKSB dan Pengurusan Tertinggi PAAB.