KOTA BHARU – 9 Jan. 2025 Dengan bersandarkan kesepakatan dalam segala hal berkaitan urusan kerja harian seharusnya ada dalam setiap organisasi besar seperti Air Kelantan ini.
Demikian menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd, Dato’ Dr Hj Izani Husin ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 kepada 130 kakitangan pengurusan AKSB hari ini.
Hadir sama Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail , Timbalan Pengurus Besar Kewangan dan Korporat Azhar Hanafi, ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan.
Menurut beliau lagi, AKSB sentiasa mempunyai cabaran pada setiap masa dalam usaha membekalkan air bersih kepada rakyat negeri ini dan kepakaran serta kesepakatan semua Kakitangan diperlukan dalam usaha membawa AKSB ke arah yang lebih baik.
“ Kita tidak perlu melihat kepada kelemahan mana-mana pihak sebaliknya kita seharusnya bersepakat untuk membaiki kelemahan dan sebarang permasalahan lama agar dapat direalisasikan kecemerlangan khidmat Kakitangan kepada operasi syarikat” ujar beliau lagi.
Beliau juga berharap semua kakitangan dipelbagai peringkat agar sentiasa mengekalkan jatidiri dan integriti terutamanya dalam masa kerja.
Sementara itu, Pengurus Besar Izani Ismail ketika menyampaikan ucapan aluan berkata keberadaan beliau di AKSB hampir 30 tahun melihat segala perkembangan dari awal sehingga kini membawa kepada kejayaan mutakhir ini.