Mana-mana cabang perkhidmatan sentiasa memerlukan penambahbaikan melalui maklum balas dan komen yang diperolehi daripada pelbagai saluran termasuklah daripada aduan pengguna.
Begitu jua halnya dengan perkhidmatan bekalan air yang turut menerima dan mengambil tindakan susulan daripada aduan-aduan yang disalurkan oleh pengguna di setiap negeri.
Namun, apakah penyelesaian yang dapat ditawarkan dan tindakan yang akan diambil oleh pihak operator perkhidmatan air terhadap aduan-aduan yang mereka terima?
Saksikan secara langsung maklum balas daripada dua wakil operator bekalan air, masing-masing daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan Syarikat Air Perlis (SAP) melalui program temubual di saluran media arus perdana berikut :
Tajuk Program : ASSALAMUALAIKUM
Tarikh : 11 April 2025 (Jumaat)
Saluran : TV Al Hijrah
Waktu : 8:50 pagi
#SuruhanjayaPerkhidmatanAirNegara #SPANMalaysia #KalauNakBolehJer #BijakAir #WaterWise #MadaniBekerja #MalaysiaMADANI