Pada tahun 2023, 97.1% kawasan telah menerima liputan perkhidmatan bekalan air terawat, menandakan kemajuan dalam sistem bekalan air negara. Namun, bagi memastikan keterjaminan bekalan air yang mampan, beberapa langkah penting perlu diambil:
✅ Menangani isu bekalan air bagi mengurangkan gangguan bekalan dan meningkatkan akses air bersih.
✅ Mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) untuk mengelakkan pembaziran sumber air melalui kebocoran dan penggunaan tanpa kawalan.
✅ Mengoptimumkan sumber air mentah dengan pengurusan lebih cekap bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
✅ Meningkatkan penggunaan Air Pulih Guna sebagai langkah strategik dalam pemuliharaan sumber air.
Pengurusan air yang lebih lestari bukan hanya memastikan bekalan yang mencukupi, tetapi juga menyokong kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
#PETRA
#SuruhanjayaPerkhidmatanAirNegara
#SPANMalaysia
#KalauNakBolehJer
#BijakAir
#WaterWise
#MadaniBekerja
#MalaysiaMADANI